Melihat baby yang hidung tersumbat sangat merisaukan. Masakan tidak, kerana pernafasannya yang terganggu dan tersekat-sekat itu, sungguhlah membuatkan hati ibu tidak tenteram. Apatah lagi baby tersebut baru berusia beberapa minggu dan si ibu masih lagi dalam tempoh berpantang.
Ubat-ubatan tidak boleh diberi sebarangan kepada baby dalam usia tersebut. Malah, jika baby berusia di bawah 2 tahun, adalah tidak digalakkan mengambil apa-apa jenis ubat selsema. Begitu juga jika batuk. Maksudnya lebih baik jika tidak diberi makan atau minum ubat pada usia tersebut atas dasar implikasi negatif yang mungkin akan ditanggung oleh baby dalam usia tersebut.
Banyak petua yang disarankan untuk mengatasi masalah baby hidung tersumbat ini seperti menyapu kunyit, minyak kelapa dan lain-lain lagi. Namun, untuk kaedah lebih mudah dan cepat diaplikasikan, berikut terdapat beberapa tips untuk merawat baby hidung tersumbat :
1. Kerapkan membasahkan kepala baby. Pada siang hari ketika cuaca panas.
2. Menyapu Vicks Baby Balsam pada dada dan belakang. Vicks ini sebenarnya disarankan bagi baby 3 bulan ke atas. Namun, tak mengapa jika digunakan kadar yang sedikit pada baby kurang sebulan umurnya memandangkan minyak yu yi cap limau yang panas itu pun boleh sahaja disapu pada dada dan perut baby. Vicks ini boleh didapati di kedai farmasi. Harga sekitar RM13 untuk 50gm.
3. Saranan daripada mak saudara saya, si ibu telan ubat panadol. Jenis yang biasa tu, yang untuk demam. Ubat panadol tersebut akan terkesan pada air susu ibu. Jadi, apabila baby menghisap susu ibu tersebut, terkesan jugalah pada baby. InsyaAllah baby akan bertambah baik.
4. Elakkan baby dari menghadap kipas. Kalau tak panas, tutup sahaja kipas. Namun jika terpaksa juga menggunakan kipas untuk mengurangkan kepanasan, jangan bagi baby menghadap terus kepada kipas tersebut. Posisikan baby pada keadaan kipas berada menghala kepalanya dan bukan mukanya. Ini kerana angin kipas akan membuatkan baby makin sukar bernafas. Awas, ini sangat membahayakan baby.
5. Jika memasang ubat nyamuk, pastikan ia tidak mengganggu pernafasan baby. Periksalah adakah pernafasannya makin tersekat jika di ruangan yang ada ubat nyamuk. Jika ya, bertindaklah untuk menghentikan penggunaan ubat nyamuk tersebut. Lebih selamat jika pasang awal-awal ubat nyamuk dengan pintu bilik ditutup dan kemudian hentikan penggunaannya sebelum baby anda dibawa masuk ke bilik. Ini lebih baik kerana kesan bau ubat nyamuk dalam udara sudah berkurangan.
6. Jika bilik tidur agak sempit dan baby nampak sukar untuk bernafas dengan selesa, bertukarlah ke ruang yang lebih luas. Tak mengapa jika terpaksa tidur di ruang tamu sahaja jika itu lebih baik untuk baby mudah bernafas.
7. Banyakkan berdoa. Kerana doa ibu itukan mustajab. Selawat syifa’ lah ketika menyusukan baby dan usaplah ubun-ubunnya.
No comments:
Post a Comment